Buku dalam raga SKKK3 diadakan di dalam Dewan B. Program ini diadakan semasa waktu rehat sahaja. Murid akan membaca buku yang diletakkan di dalam raga.
Murid-murid sedang memilih buku cerita untuk dibacanya sambil diperhatikan oleh pustakawan yang bertugas.
Murid-murid sedang asyik membaca buku cerita kegemaran mereka.
Suasana di Dewan B semasa program dijalankan. Mereka akan menghabiskan masa yang terluang dengan membaca buku cerita yang terdapat di situ.
Pelbagai tajuk buku cerita yang terdapat di dalam raga untuk dibaca oleh pelajar-pelajar.
Mereka berbaris untuk naik ke kelas setelah selesai membaca buku cerita pada waktu rehat.
Semua pustakawan yang bertugas sedang memerhatikan pelajar-pelajar keluar daripada dewan bacaan untuk menuju ke kelas masing-masing.
Pustakawan akan menyusun semula buku-buku ke dalam raga selepas murid-murid selesai membaca buku. Kemudian, mereka akan menghantar raga-raga itu ke dalam perpustakaan untuk digantikan dengan buku-buku yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan